Kenapa tajuk macam sedih je ni…
bukan apa… kita sebagai manusia memang x terlepas daripada ujian… dalam surah
Al-Baqarah ayat 155 “dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan,
kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan, dan khabarkanlah berita
gembira kepada orang2 yang bersabar”
Apabila kita diuji, jangan ingat kita dah xde
tempat nak bergantung…. Ada hikmah kita diuji.. supaya kita kembali kepadaNya…
mungkin selama ni kita lalai… sibuk dengan urusan dunia…. Tapi dengan ujian tu
membawa kita ingat kepadaNya…
Kenapa perlu menangis?? Seriously aku
cakap kita akan tenang selepas menangis especially kalau kita nangis mengadu
kat Allah… kita akan rasa Allah dekat dengan kita… walau sebesar mana pon ujian
menimpa kita, kita sedar yang Allah ada dengan kita… Allah xkan uji kita dengan
perkara yang kita x mampu…. La yukallifullahu nafsan illa wus’aha (Al-Baqarah:286)
Ujian Allah adalah untuk menjadikan
kita sebagai hamba yang sabar dan tabah… jangan cepat melatah dah salahkan takdir
sebab setiap yang berlaku ada hikmahnya… Allah x jadikan sesuatu tanpa sebab…
semua ada keistimewaan tersendiri…
Jangan ingat apabila kita ditimpa
musibah, Allah x sayang kita… musibah tu la tandanya Allah ingat kat kita…