Asal ada cuti jer belambaklah kad jemputan yang sampai ke
rumah… kenduri kawen, kenduri kesyukuran, majlis berkhatan… and macam2 lagi lah…
orang skrang ni yang nak buat kenduri lebih suka pakai khidmat katering je
sebab senang… cakap je makan untuk brapa orang… bayar duit… beres…
Tapi still ada kat kampung2 (macam kampong aku) yang still
bergotong royong ni… ataupun kat kampong aku ni dikenali sebagai kenduri pakat…
sebabnya ada macam2 jenis pakat… cthnya… pakat duit, pakai susu minyak n gula,
pakat pulut, pakat telur n gula, pakat beg n macam2 lagi… so pakat ni boleh la
membantu tuan kenduri tu… x payah nak beli barang banyak… n jimat kos
gotong royong org kampung
Kenapa ada pakat pulut?? Sebabnya orang kedah ni suka
sarapan dengan pulut ikan masin (ada jugak yang panggil pulut nyok kukoq-sebab
ada kelapa parut)… sedap wooo… so sehari sebelum kenduri… org kampung kumpul
kat rumah kenduri untuk tolong2 potong bawang… kupas2 apa yang patut… n lepas dah siap semua tu… apa lagi.. makan
la pulut ikan masin yang enak sehingga menjilat jari tu…
pulut ikan masin
Bila hari kenduri menjelma… 7 pagi org kampung dah dtg n
bawak segala pisau, parang dan segala alatan tajam sebab nak potong daging n
segala tulang2 yang ada … dan diorang start memasak… bab masak-memasak ni… serah
jer kat lelaki sebab ni memang kepakaran
diorang… org2 perempuan ni sedia bahan jer… n bila dah serahkan semua urusan
kat orang kampung... tuan rumah dah tak
kacau dah semua tu… releks jer layan tetamu…
No comments:
Post a Comment