Translate

Friday 31 May 2013

mati...

Kullu nafsin dzaiqatul maut – setiap yang hidup pasti akan merasai mati



Tiada apa yang kekal di dunia ini… melainkan Allah Subhanahu Wa Taala…. Dia yang mempunyai sifat Baqa’ iaitu kekal manakala kita sebagai makhluk bersifat Fana iaitu musnah…

Pada pagi Jumaat yang penuh barakah ini, aku mendapat berita kematian seorang penduduk kampung…

Innalillahi Wainna Ilaihi Raji’un ….. Alhamdulillah…. Semoga kematian tersebut memberikan keinsafan dan dapat dapat mengingatkan kita yang masih merupaya menghirup udara di atas muka Bumi Allah ini kepada kematian…

Tak kisah lah berapa pon umur kita kerana janji Allah itu benar…. Tidak cepat atau lambat walau sesaat…

Sedarkah kita bahawa Malaikat Izrail melawat kita 70 kali (lebih kurang setiap 20 minit) sehari… adakah kita bersedia

Sedangkan bayi di dalam kandungan jika ditakdirkan dia tidak sempat melihat dunia ciptaan Allah ini… maka gugurlah ia… yang menantinya di sana alam yang cukup indah….



Kerana setiap manusia dilahirkan dalam keadaan yang fitrah, suci… tidak kira dari rahim mana sekalipon…. Ibu bapa lah yang membentuknya….

Sekadar bingkisan untuk kita semua  dan x lupa untuk diri sendiri yang selalu lupa….

 Salam Jumaat….

No comments:

Post a Comment